Petom ingin menjadi seperti saudara-saudaranya yang lebih besar. Bilik tidur kini menjadi pentas untuk Petom berolok-olok. Ia melompat tinggi ke batu besar seperti seekor harimau di India. Ia menangkap ikan seperti seekor jaguar di hutan Amazon. Petom berlari, melompat dan memanjat, tetapi menghadapi masalah apabila ia berolok-olok menjadi seekor singa. Apakah cabaran itu?
Buku ini mengajak pembaca berimaginasi dan mengenali beberapa haiwan liar dalam keluarga besar kucing. Kisah ini juga membawa pesanan bahawa penguasaan sesuatu kemahiran kadangkala bertahap-tahap.
Penerbit: Mini Monsters Limited
Ilustrator: Elieth Sardinas
ISBN: 978-981-09-9466-2
Format: Kulit lembut, 24 halaman
Sesuai untuk: 5 tahun ke atas
Petom mengajak Kesom bermain bersama-samanya. Ia ingin berlagak seperti seekor beruang. Petom memanjat pokok. Oh-oh, mainan kegemaran Petom jatuh ke pasu. Petom mahu membersihkannya. Namun, Petom tidak menyangka sama sekali pengalaman seterusnya.
Kali ini, cerita Petom mengajak pembaca berimaginasi sambil mengenali keluarga beruang. Terkandung dalam kisah ini ialah pesanan bahawa dalam kita bersuka ria, kita perlu berhati-hati dengan keadan sekeliling.
Penerbit: Mini Monsters Limited
Ilustrator: Elieth Sardinas
ISBN: 978-981-14-4110-3
Format: Kulit lembut, 24 halaman
Sesuai untuk: 5 tahun ke atas
Dapatkan buku ini di: https://minimonsters.com.sg/online-shop/